Rosli Mansor Ahmad Razali
Membina perwatakan, disiplin dan ketangkasan berfikir bagi setiap individu merupakan tanggungjawab serta amanah yang besar. Berhadapan dengan seribu satu ragam manusia memerlukan ketahanan minda yang tinggi serta kesabaran yang tiada batasannya.
Tugas dan tanggungjawab Jurulatih Kecergasan ialah memberi tunjuk ajar selain itu mempersiapkan jadual diet seharian dalam menentukan keseimbangan permakanan juga pengambilan keperluan kalori.
Jurulatih Kecergasan Persendirian, Mohd Yusni Mohd Yusof,43, berkata Jurulatih Kecergasan perlu berdamping rapat dengan anak didiknya dan mendalami serta cara hidup yang diamalkan.
“Kesabaran saya adakalanya tercabar juga jika bertemu dengan anak didik yang sukar mengikut arahan yang dberikan. Hakikat pada asalnya mereka inginkan bentuk badan yang diidamkan tetapi mereka masih lagi gagal merubah cara hidup mereka.
Menjadi Jurulatih kecergasan kami harus memperlengkapkan diri dengan ilmu motivasi yang tinggi. Kita harus selalu berfikiran positif dan sabar memberi latihan kepada mereka”. Katanya.
Menurut Mohd Yusni mengekalkan kesihatan amat penting terutama kepada yang lewat 30an kerana dalam usia sebegini adalah lebih baik mempunyai jurulatih persendirian kerana setiap gerak geri latihan dan pemakanan akan terkawal dengan sempurna. Mempunyai jurulatih kecergasan secara peribadi satu kelebihan dan impian untuk kekal sihat dan mempunyai keterampilan yag menarik akan menjadi kenyataan.
Pengurus Pusat Kecergasan VS Gym, Yusni Mohd Darus, 41, berkerjaya sebagai Jurulatih Kecergasan sejak 15 tahun yang lalu sudah cukup memberikannya kepuasan apabila melihat anak buahnya keluar dari pusat kecergasan mempunyai keyakinan dan keterampilan yang diimpikan.
“Saya melihat kerjaya sebagai Jurulatih Kecergasan ini satu tugas yang murni kerana kita boleh membantu mereka yang kurang berkeyakin tentang keterampilan diri.
Hampir seratus peratus mereka yang datang ke sini keluar dengan kepuasan dan mendapat balik imbalan wang yang dilaburkan. Bagi saya wang bukan ukuran jika dinilaikan dengan kesihatan yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita. Tugas kita ialah harus mengekalkannya”, katanya.
Menurut Yusni yang telah hampir empat tahun berkhidmat bersama Vs Gym iaitu sebuah pusat kecergasan yang terkenal di Perak ini mengkhususkan latihan kepada wanita seperti latihan senam robik, penasihat makanan dan kesihatan.
Semenjak Yusni bergiat cergas dalam bidan kecergasan ini, beliau sehingga ke hari ini menjadi rebutan golongan wanita-wanita koprat untuk menjadikannya sebagai jurulatih peribadi yang memberi khidmat dari rumah ke rumah.
“Memang saya akui tugas ini memang mencabar tapi alhamdulillah semuanya yang saya didik membuahkan hasil yang membanggakan.
Bidang ini memerlukan kesabaran yang tinggi kerana kita berhadapan dengan berbagai golongan. Kita banyak memfokuskan kepada sesi latihan yang betul, motivasi dan cara pemakanan yang sihat”,katanya.
Chow Fook Ming,27, seorang jejaka Tionghua yang berasal dari Ipoh mempunyai misinya tersendiri semenjak enam bulan berkhidmat sebagai Jurulatih Kecergasan .
“Saya mempunyai matlamat tersendiri dalam bidang ini selain dari minat yang mendalam. Misi saya ingin melihat sesiapa saja dibawah pengawalan saya, saya mahu mereka tersenyum gembira apabila keluar dari pusat kecergasan ini.
“Saya dikhusushan memberi latihan dalam bidang bina badan yang dipecahkan dalam beberapa ketegori iaitu latihan untuk bina badan secara serius dan basic, bina badan untuk bentuk model dan untuk sekadar latihan kecergasan minda dan tubuh badan”, katanya.
Haizat Noor Azli,20, menceburi bidang jurulatih kesergasan ini bermula dari hobi dan akhirnya menjadi satu kerjaya yang menarik.
“Dalam usia semuda ini kedangkala saya mengalami kesukaran berhadapan dengan golongan yang lebih senior dalam memberi latihan. Tetapi setakat ini semuanya telah diatasi dengan bantuan jurulatih senior yang ada”, katanya.
Bagi Jurulatih RPM, Mohd Zahari Nas,30, tanggungjawab menerajui sesi latihan RPM harus dilakukan dengan sebaik mungkin. Beliau merasakan inilah satu-satunya latihan yang dapat mengurangkan berat badan dengan cepat.
“Saya sangat gembira menjadi Jurulatih Kecergasan bukan sahaja untuk kesihatan orang lain malah pada diri kita sendiri. Kesedaran terletak kepada diri kita sendiri jika kita rasa susah menerajui maka semuanya akan jadi susah. Kita harus sentiasa positif dalam segala hal”,katanya.
Vitania Tongkat Ali
12 years ago
0 comments:
Post a Comment